Tuesday, May 29, 2007

Di dalam hidup manusia

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT,
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negaramenjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat,pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat,kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabilatempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,

KETIKA ITU manusia mulamengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat. Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.

Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la minyak gamat.
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.

Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.Rambut pun jarang sikat.
Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.

Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlahpula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.
Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segerameninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.)

Thursday, May 24, 2007

Sebab Hati Tidak Bahagia

Sebab-sebab hati tidak bahagia ialah kerana adanya mazmummah di dalam hati. Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah:-

a) Pemarah Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

b) Pendendam Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

c) Hasad dengki Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

d) Bakhil Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

e) Tamak Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

f) Tidak sabar Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

g) Ego Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

h) Riak Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.

i) Cinta Dunia Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan ‘neraka dunia’ kerana dunia itu ‘panas’ akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dan lain lainnya, tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak bahagia.

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain, andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Wallahualam bissawab.

MARRIAGE

Why do couples hold hands during their wedding?
It's a formality just like two boxers shaking hands, before the fight begins!
--------------------------------------------------
Wife: Darling today is our anniversary, what should we do?
Husband: Let us stand in silence for 2 minutes.
--------------------------------------------------
It's funny when people discuss Love Marriage vs Arranged.
It's like asking someone, if suicide is better or being murdered.
---------------------------------------------------
Why do Bride & Groom exchange rings/garlands during wedding ?
To tell each other affectionately and silently. .. Sweetheart U R Dead!
-------------------------------------------------
Different Phases of a man:
--After engagement: Superman
--After Marriage: Gentleman
--After 10 years: Watchman
--After 20 years: Doberman
---------------------------------------------------
There is only one perfect child in the world and every mother has it.
There is only one perfect wife in the world and every neighbour has it !!
---------------------------------------------------
Prospective husband: Do you have a book called 'Man, The --Master of Women'?
Salesgirl: The fiction department is on the other side, sir.

Wednesday, May 23, 2007

CINTA & KAWAN

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan2...
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga...
Kenapa??
Kerana CINTA itu buta..
Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga...
Kenapa??
Kerana...
KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !!
Di dalam telaga CINTA hilang...
Kenapa??
Kerana...
CINTA itu halus..
mudah hilang...
KAWAN terus tercari-cari dimana CINTA..
Kenapa??
Kerana...
KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN
Jadi, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI.... Walau kita punya couple, kawan still paling setia.

THE BEAUTY OF A WOMAN

The beauty of a woman... Is not in the clothes she wears, The figure that she carries, Or the way she combs her hair. The beauty of a woman must be seen from in her eyes, Because that is the doorway to her heart, the place where love resides. The beauty of a woman is not in a facial mole, But true beauty in a woman Is reflected in her soul. It is the caring that she lovingly gives, The passion that she shows, And the beauty of a woman With passing years-only grows! You don't stop laughing because you grow old; you grow old because you stop laughing

Teka Teki

Apa beza daun betik ngan tangan perempuan?
Daun betik boleh melembutkan daging yang keras, tangan perempuan dapat mengeraskan daging yang lembut.

Haiwan apakah yang pertama sampai ke bulan?
Burung punai (Neil Armstrong punya) kah kah kah

Apa beza tayar kereta dengan kondom?
Tayar kereta kalau bocor boleh menghilangkan nyawa, kondom plak kalau bocor boleh menambahkan nyawa.

Apa yang mahal pada BMW
Huruf W. Cuba tukarkan W ngan X. Jadi BMX. Kan murah tu...

Rumah apakah yang gunakan banyak air?
Rumah terbakar larrrr..

Hitam, panjang, dipeluk dan diapit dua paha.
Orang sedang panjat tiang talipon.

Ubat apa yang tak ada kesan sampingan (side effect)?
Viagra dan Krim membesarkan payudara. Kesan dia ke depan, bukan ke samping.

Waktu dia hidup orang menyanyi, bila dia mati orang bertepuk tangan. Apa dia?
Lilin kek harijadi larrr ..

Bibir bertemu bibir. Tangan asyik meraba lubang. Mata terpejam menikmatinya.
Orang sedang meniup seruling.

Petua Untuk 'Tahan Lama'

KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama... selama 2 tahun. Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja. Gunakan pada 31 December 2005. Dan sebelah lagi pada Januari 2006. Wah?... tahan sampai 2 tahun kan?... Amazing GresteQuer! Jangan lupa hujung tahun nie cuba tau...
NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama... jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria. Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.
BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Barangan emas bila dah terlalu banyak dikenakan zakat. Tapi kalau untuk lebih 'tahan lama'... bayar la zakat untuk barang kemas tu. Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi... padan muka korang... hahaha!
PAKAIAN TAHAN LAMA
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach... Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach... Jangan bawa mandi kat beach. Gantung bila disimpan. Cuci guna air jeram/hujan. Jangan bagi pinjam kat kawan! Kalau boleh pakai baju member, baju sendiri simpan elok-elok.
KERETA
Lepas beli, simpan kat garaj... bungkus elok-elok... jangan bagi angina masuk... jangan bagi abuk masuk... jangan bagi wap air masuk. Pagi-pagi panaskan enjin dan hari-hari lap kereta. Bayar loan bulan-bulan sampai abis loan... gerenti kereta tahan lama...
KENYANG
Kalau nak tahan lama... sebelum makan baca bismillah dan doa... Akhir makan... doa dan ucap alhamdullillah.. Jangan jadi macam setan...
UMUR
Umur nak tahan lama?... Jangan Merokok!... Rokok nak tahan lama?...> Jangan Hisap!...
P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang... sendiri mau ingat aaaa...
TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam - senang aje jangan tidur.
HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/hubungan... Jujur dan ikhlas.
KUEH RAYA
Kueh raya kalau nak tahan lama, melantak bebanyak sikit, kalau orang datang rumah beraya kasi tapaukan dia sekali kueh-kueh raya tu... ini bermakna tak la membazir... kalau simpan lama sangat nanti kueh jadi tengik... lepas tu nak kena buang, so... jangan jadi setan... membazir amalan setan.
PUASA
Gerenti lapar kan, so... kalau nak "tahan lama" bebanyakan beribadat" jangan asyik nak bercerita pasal baju raya ke... kueh raya ke... atau pun mengumpat.
KERJA> Kerja kalau nak "tahan lama" jangan asyik nak baca email aje macam korang... dah tak ada kerja lain ke... kalau BOSS nampak tak pasal-pasal kena tendang.

RAHSIA SURAL-KAUTSAR

Bismillah..........hirohma...nir'roh himm..... "Inna a'kthoina'kalkautsar, fashallilirabbikawanhar, innashania'kahuwal abtar".
Surah Al-Kautsar Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan diMakkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripadabatu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripadasusu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kitaamalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok dileher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyukketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t . akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalahtetapi dizalimi. Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih. Wassallam,